Searching...

Fadhilah Dan Khasiat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

3 Ayat Terakhir Surah Al-Hasyr.
Tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri. Ianya mempunyai ‘Asma ul Husna’ yang paling agung pada enam ayat terakhir dari surah Al-Hasyr. Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan. Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah.

Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya.

Keistimewaan Dan Fadhilat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr

Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan;

1.      Mendapat rahmat Allah سبحانه وتعالى.
2.      Allah سبحانه وتعالى menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.
3.      Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.
4.      Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.
.
Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr

1)      Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi ﷺ telah bersabda :“Sesiapa membaca ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis-Sami’il-‘alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.” Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah سبحانه وتعالى mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.”

2)      Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

3)   Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah سبحانه وتعالى mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.”(Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)


Walaupun hadis di atas dianggap lemah tetapi kita boleh meyakini dan mengamalkannyadengan berkat ‘Asma ul Husna’ yang terkandung di dalamnya dan tujuan beramal dengan Kalamullah. Hanya dengan  membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyr (ayat 22 – 24)yang mudah ini, para malaikat akan berselawat. Semoga dengan berkat keikhlasan bacaan itu, kita mendapat syafaat selawat tersebut untuk membantu kita memasuki jannah kelak. InsyaAllah.

https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/02/06/fadhilat-dan-khasiat-tiga-ayat-akhir-surah-al-hasyr/